Wednesday 10 August 2011

tudung heliza helmi amazing!!

sebenarnya dah lama dah maz simpan cita-cita nak beli tudung macam heliza helmi nih..labuh..menutup apa yang perlu ditutup sopan lagi..maz pun simpan la duit sikit-sikit..ingat kalau paling mahal pun rm50 ringgit la..tapi bila tengok harga dia yang agak mahal..xjadi nak beli..sebab tade budget :( tapelah~~student kan? harap-harap nanti heliza helmi turunkan lah harga yg lebih berpatutan :)
ni antara tudung-tudung heliza helmi :)

 warna yang heliza helmi tawarkan pun..ok :) tidak terlalu cerah.. :)
 gaya ni simple, ok xpakai pin langsung.so xpayah la risau kalau pin tudung hilang :)
 ada getah kat tudung nih, lain dari lain..cantik dipakai :)
 tudung ni sangat praktikal...sebab boleh jadi telekung...jadi kira saving ruangan beg la..kalau nak travel mane-mane... :) dan kain dia lembut...cotton wool :)


ada yang tanya kat mane nak beli inner neck? dan selepas maz kaji-kaji..ni link untuk inner neck yang selesa dan lawa :) rm 40 ringgit xsilap ...inner lawaa


semua picture ni maz ambil dari facebook heliza... kalau nak tengok lagi banyak tudung..ni link dia bagi sesiapa yang belum tekan like lagi :) heliza helmi facebook

student macam saya ni mmg xmampu nak beli~~ tapi cukup terliur tengok tudung ni...tapi ingat betulkan niat :) bertudung untuk menutup aurat :)

ni je gaya yang saya tau buat...
simple....


wassalam..selamat berpuasa :)

Monday 8 August 2011

BELAJAR MANDARIN MELALUI LAGU SIRI 1

Yuèliang Dàibiǎo Wǒ de Xīn

nǐ wèn wǒ ài nǐ yǒu duō shēn
wǒ ài nǐ yǒu jǐ fēn

wǒ de qíng yě zhēn
wǒ de ài yě zhēn
yuèliang dàibiǎo wǒ de xīn

nǐ wèn wǒ ài nǐ yǒu duō shēn
wǒ ài nǐ yǒu jǐ fēn
wǒ de qíng bùyí
wǒ de ài bùbiàn
yuèliang dàibiǎo wǒ de xīn

qīngqīng de yīgè wěn
yǐjīng dǎdòng wǒ de xīn
shēnshēn de yīduàn qíng
jiào wǒ sīniàn dào rújīn

nǐ wèn wǒ ài nǐ yǒu duō shēn
wǒ ài nǐ yǒu jǐ fēn
nǐ qù xiǎng yī xiǎng
nǐ qù kàn yī kàn
yuèliang dàibiǎo wǒ de xīn



nǐ qù xiǎng yī xiǎng
nǐ qù kàn yī kàn
yuèliang dàibiǎo wǒ de xīn

ok.harini kita cuma belajar dengar dulu supaya kita serasi dengan sebutan dulu..kebanyakan lagu madarin ni ulang-ulang je perkataannya..atleast kita tahu sikit-sikit :)





Wednesday 3 August 2011

kuih cara

 KUIH CARA  PEDAS

BAHAN-BAHAN

bahan A
*tepung gandum 150 g
* garam (1/4 sudu teh )
* telur 1biji
* air 300 ml
* santan 100 ml
semua bahan di atas blend saja ..untuk elakkan bahan tu berketul-ketul :)
  
inti
* bawang besar (1 ulas )             } di mesin
* serai, dihiris (1 batang )
* daging dicincang

Bahan-bahan hiasan
* Daun bawang dipotong kecil
* Cili merah dihiris

CARA MEMASAK 
panaskan acuan
sapu minyak pada acuan ( supaya adunan tidak melekat)
letakkan bahan separuh adunan
dah masak sikit, masukkan inti dan hiasan
tuang bahan A sampai adunan penuh

TIPS

*gunakan api perlahan
*adunan ditutup..supaya kuih lebih kembang :)


acuan kuih cara

kuih cara saya :) agak pucat sebab xletak pewarna :)

FACEBOOK BUKAN TEMPAT NAK CERITA SEGALANYA :p

FACEBOOK BUKAN TEMPAT NAK CERITA SEGALANYA :p

KES PERTAMA
Assalam, kali ni entri maz bertajuk facebook bukan tempat bercerita segala-galanya..baru –baru ni maz ade terbaca post salah seorang rakan FB maz yang boleh dikatakan agak kurang ajar dan menjatuhkan maruah keluarga J .maz cuba nasihatkan dia menggunakan cara yg sgt halus tetapi dia tidak endahkan nasihat maz, malah die unfriend pula dengan maz. Tak apelah..mungkin dia ada sebab yg tersendiri  berbaiklah sangka kita sesame manusia…tiada apa yg rugi 

“Nama saya ****** .ayah saya ************* merupakan*************
Ayah saya cakap saya BODOH..sebab tak sambung belajar **********
Ayah saya cakap saya ANAK KURANG AJAR sebab***************
Ayah saya cakap saya TEK RETI BERSYUKUR sebab******************”
lebih kurang macam ni post die :( 


Bila saya amati apa yg ditulis oleh rakan FB saya..saya agak terkejut..bagaimana seorang anak boleh memburukkan keluarga dikhalayak ramai secara umum(FB) ? jadi saya cuba untuk meletakkan diri saya pada kawan saya..

Mengenalinya sebagai seorang yang sangat baik..sanggup menolong orang..dan boleh kata sgt selesa apabila berkawan dgn die..saya cuba baca old post die..semua menunjukkan yang dia sememangnya mempunyai masalah keluarga..dan sebanyak 8/10 post die berbaur kesedihan..

Dilahirkan dengan keluarga yang cukup segala-galanya..harta,nama..menuntut dia Nampak sempurna sedangkan dia insan biasa..yang punya kelemahan juga . Ini memberi keyakinan pada saya, kekayaan tidak mampu membeli kebahagiaan.

Ya, saya simpati dgn nasib yang dialaminya..namun begitu saya kurang bersetuju dgn post2x dia yang saya ibaratkan cukup menjatuhkan maruah keluarga dan dirinya sendiri..andai kata dia terbaca post ni, saya berharap agar dia berfikir semula tentang apa yg telah dilakukannya..

Seburuk mana pun,sejahat mana pun ibu bapa kita .jangan kita hilang hormat pada mereka..banyakkanlah berdoa..berdoa dan berdoa..sesungguhnya allah itu maha mendengar doa hamba-hambanya yang teranayai.. 

KES KEDUA
Sekarang ni dah jadi trend orang-orang post kat fb sesuatu yg mengaibkan org lain...tunang kutuk tunang, bekas suami kutuk isteri..dan macam2x lagi..
sebenarnya,tidak kisah sebenarnya anda nak post yang anda sedang lapar ke,sedih ke,marah ke..asalkan jangan mengaibkan orang lain.. bukankah itu seolah-olah menunjukkan yg mungkin nanti  anda tidak pandai menjaga maruah bakal suami anda?

Jadi diharap semua kes diatas dijadikan pengajaran buat kita..sebelum melakukan sesuatu..fikir 2kali..mungkin lebih baik..fikir 10 kali..keburukan dan kebaikan sesuatu tindakan..”jangan sudah terhantuk baru nak mengadah “( xpasti peribahasa ni,tolong betulkan jika salah)

Sekian :)

Saturday 30 July 2011

5 BONUS KHAS RAMADHAN :)

5 BONUS KHAS RAMADHAN

Assalam ,semua dalam masa dua hari lagi umat islam akan meyambut kedatangan ramadhan.. jadi disini maz kongsi sedikit bonus2x ramadhan yang maz ambil dari penanda buku majalah solusi :)


Abu hurairah r.a meriwayatkan bahawa  Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
“umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadhan iaitu:

BONUS 1              bau mulut org yg berpuasa itu lebih wangi drpd kesturi di sisi Allah.
BONUS 2              para malaikat beristighfar utk mereka sehingga berbuka.
BONUS 3              Allah memperindahka  syurgaNYA setiap hari dan berfirman:
‘hampir-hampir hamba-hamba-ku yg soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.’(mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup didunia dan akhirat)
BONUS 4              syaitan dibelenggu,tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain ramadhan.
BONUS 5              mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (org yg beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya) “mengenai bonus ke-5 ni,ada sahabat yg bertanya kepada baginda s.a.w .: ya Rasullullah,apakah itu malam Lailatulqadar?” baginda menjawab “bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya .”( riwayat ahmad)

Sumber : (tahukah anda) MAJALAH SOLUSI

Wednesday 27 July 2011

LELAKI PEMBERSIH IDAMAN WANITA :p

saya terpanggil untuk ketengahkan isu lelaki pembersih ni, setelah saya menonton drama korea personal taste yang dibintangi oleh son yejin dan lee min ho.. dalam filem ni lee min ho memegang watak sebagai jeun ji hoo iaitu lelaki yang sangat mementingkan kebersihan dan kekemasan.

.




apa macam? hensem x?? hensem xhensem xpenting..tapi mamat ni memang giler pembersih dalam drama tu manakala perempuan ni pulak pengotor dan xpandai kemas.. dalam cerita tu kira lelaki ni yang guide dak perempuan tu untuk jadi lebih kewanitaan.
sejak tengok filem ni saya agak tercabar sedikit sebab jumpa dengan lelaki pembersih giler.
ini memjadi inspirasi kepada saya untuk menjadi perempuan yan lebih kemas dan lebih pembersih hehe :) 
selamat menonton :)

Saturday 23 July 2011

SELAMAT HARI LAHIR EMAK...

Selaamt hari lahir emak... :) hari ini 23/7 besday emak..besday arwah abah..16/7...seperti biasa setiap tahun kami akan menyambut hari lahir emak dan ayah kat pantai morib...dan arwah abah la yang paling beriya-riya..suruh semua anak-anaknya pulang ke rumah ..dan destinasi kami semestinya pantai morib..makan malam-malam dengan angin sepoi-sepoi bahasa... :)

tapi itu tidak mungkin akan terjadi lagi..kerana arwah abah telah meninggal dunia pada 12/8/10 lepas..AL-FATIHAH...

sedih rasanya bila melihat wajah emak..saya tahu emak menyembunyikan kesedihannya  untuk menyedapkan hati kami semua anak beranak..biasalah hati seorang ibu... :(


sebab itu, kita perlu menghargai setiap masa kita bersama keluarga..jgn dilawan kata emak dan ayah..selagi mana ia tidak menentang hukum syariat Allah..yelah, kadang-kadang diakui jiwa remaja,darah muda kuat memberontak pabila kehendak tidak dituruti...tapi tahukah kita ibu bapa sering inginkan yang terbaik buat anak-anaknya..sekiranya mereka berlainan pandangan dgn kita..jgnlah kita mudah kecil hati..atau pun mudah protes..sedangkan merekalah yang menjaga kita sejak kecil, menyekolahkan kita..kalau dibadingkan dgn apa yang mereka telah lakukan pada kita.fikirlah,mampukah kita membalas jasa mereka?

jadi sebagai anak, kita harus senantiasa mendoakan kesejahteraan mereka, buat yg terbaik dalam peperiksaan..dan apa-pun yang kita lakukan..ingatlah ibu bapa kita..  :)


iklan petronas ni sgt menyentap jiwa,...WAJIB tonton..

saya juga insan tidak sempurna, adakala ada sahaja perkara yang nak membantah kata ibu-bapa.sewaktu disekolah dulu,saya agak cemburu dgn teman-teman saya kerana bebas kemana-mana, saya pula tidak dibenarkan keluar sebebas rakan saya..apatah lagi berkawan dgn lelaki,,saya cemburu melihat ada rakan  yang punya telefon bimbit sewaktu zaman sekolah menengah..saya selalu menyangka yang parent saya tidak sayang saya kerana membiarkan saya naik bus..sedangkan kawan-kawan lain dihantar dan dijemput pulang.. (byk songehkan?)

ya Allah, kalau difikirkan sekarang,mengapa saya mempunyai tanggapan begitu pada kedua orang tua saya..nauzubillah..jgn dikutkan hati!! ya, mungkin kerana ketika itu usia tidak matang..tapi alhamdulillah, kerana ketegasan ibu dan ayah, saya mampu berdikari ,saya tidak mengharapkan bantuan org lain..saya tidak terlibat dgn aktiviti sosial yang tidak senonoh..saya bebas rokok,dadah dan sebagainya.dan saya mampu memiliki segulung ijazah :) alhamdulillah

saya melihat kasut yang dipakai ayah saya.. sandal 3pasang rm10..tidak mengharapkan pakaian baru..kadang-kadang hati saya memberontak, duit byk-byk buat ape simpan..bukannya boleh masuk kubur..astagfirullahalazim..mengapa saya boleh berkata-kata begitu pada parents saya walaupun dalam hati..kini,bila saya habis belajar baru saya memahami susahnya mencari wang ringgit..benarlah kata emak " guna duit senang, simpannya susah " 

lihat bukan? ibu bapa senantiasa berkorban demi anak-anak tanpa mengharapkan balasan...kepentingan anak diutamakan melebihi kepentingan sendiri..adakala saya cukup sedih apabila membaca surat khabar , pelajar lari rumah ikut kekasih, anak pukul emak.anak bunuh bapa, dan sebagainya..mana pergi perikemanusiaan masyarakat kita? ya Allah, minta kita dijauhkan dari melakukan perkara-perkara terkutuk itu..

ok, ni buku yang rumate saya bagi.. tq rumate :) norhidayah :) buku ni menarik untuk dibaca..mengenai kisah-kisah layanan sahabat nabi kepada ibu mereka :) ada byk hadis-hadis dan kata-kata motivasi dlm ni..maz baru je baca,..nanti maz share dgn anda semua bila dah habis baca :) 
selamat membaca :)