Saturday, 30 July 2011

5 BONUS KHAS RAMADHAN :)

5 BONUS KHAS RAMADHAN

Assalam ,semua dalam masa dua hari lagi umat islam akan meyambut kedatangan ramadhan.. jadi disini maz kongsi sedikit bonus2x ramadhan yang maz ambil dari penanda buku majalah solusi :)


Abu hurairah r.a meriwayatkan bahawa  Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
“umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadhan iaitu:

BONUS 1              bau mulut org yg berpuasa itu lebih wangi drpd kesturi di sisi Allah.
BONUS 2              para malaikat beristighfar utk mereka sehingga berbuka.
BONUS 3              Allah memperindahka  syurgaNYA setiap hari dan berfirman:
‘hampir-hampir hamba-hamba-ku yg soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.’(mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup didunia dan akhirat)
BONUS 4              syaitan dibelenggu,tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain ramadhan.
BONUS 5              mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (org yg beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya) “mengenai bonus ke-5 ni,ada sahabat yg bertanya kepada baginda s.a.w .: ya Rasullullah,apakah itu malam Lailatulqadar?” baginda menjawab “bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya .”( riwayat ahmad)

Sumber : (tahukah anda) MAJALAH SOLUSI

Wednesday, 27 July 2011

LELAKI PEMBERSIH IDAMAN WANITA :p

saya terpanggil untuk ketengahkan isu lelaki pembersih ni, setelah saya menonton drama korea personal taste yang dibintangi oleh son yejin dan lee min ho.. dalam filem ni lee min ho memegang watak sebagai jeun ji hoo iaitu lelaki yang sangat mementingkan kebersihan dan kekemasan.

.




apa macam? hensem x?? hensem xhensem xpenting..tapi mamat ni memang giler pembersih dalam drama tu manakala perempuan ni pulak pengotor dan xpandai kemas.. dalam cerita tu kira lelaki ni yang guide dak perempuan tu untuk jadi lebih kewanitaan.
sejak tengok filem ni saya agak tercabar sedikit sebab jumpa dengan lelaki pembersih giler.
ini memjadi inspirasi kepada saya untuk menjadi perempuan yan lebih kemas dan lebih pembersih hehe :) 
selamat menonton :)

Saturday, 23 July 2011

SELAMAT HARI LAHIR EMAK...

Selaamt hari lahir emak... :) hari ini 23/7 besday emak..besday arwah abah..16/7...seperti biasa setiap tahun kami akan menyambut hari lahir emak dan ayah kat pantai morib...dan arwah abah la yang paling beriya-riya..suruh semua anak-anaknya pulang ke rumah ..dan destinasi kami semestinya pantai morib..makan malam-malam dengan angin sepoi-sepoi bahasa... :)

tapi itu tidak mungkin akan terjadi lagi..kerana arwah abah telah meninggal dunia pada 12/8/10 lepas..AL-FATIHAH...

sedih rasanya bila melihat wajah emak..saya tahu emak menyembunyikan kesedihannya  untuk menyedapkan hati kami semua anak beranak..biasalah hati seorang ibu... :(


sebab itu, kita perlu menghargai setiap masa kita bersama keluarga..jgn dilawan kata emak dan ayah..selagi mana ia tidak menentang hukum syariat Allah..yelah, kadang-kadang diakui jiwa remaja,darah muda kuat memberontak pabila kehendak tidak dituruti...tapi tahukah kita ibu bapa sering inginkan yang terbaik buat anak-anaknya..sekiranya mereka berlainan pandangan dgn kita..jgnlah kita mudah kecil hati..atau pun mudah protes..sedangkan merekalah yang menjaga kita sejak kecil, menyekolahkan kita..kalau dibadingkan dgn apa yang mereka telah lakukan pada kita.fikirlah,mampukah kita membalas jasa mereka?

jadi sebagai anak, kita harus senantiasa mendoakan kesejahteraan mereka, buat yg terbaik dalam peperiksaan..dan apa-pun yang kita lakukan..ingatlah ibu bapa kita..  :)


iklan petronas ni sgt menyentap jiwa,...WAJIB tonton..

saya juga insan tidak sempurna, adakala ada sahaja perkara yang nak membantah kata ibu-bapa.sewaktu disekolah dulu,saya agak cemburu dgn teman-teman saya kerana bebas kemana-mana, saya pula tidak dibenarkan keluar sebebas rakan saya..apatah lagi berkawan dgn lelaki,,saya cemburu melihat ada rakan  yang punya telefon bimbit sewaktu zaman sekolah menengah..saya selalu menyangka yang parent saya tidak sayang saya kerana membiarkan saya naik bus..sedangkan kawan-kawan lain dihantar dan dijemput pulang.. (byk songehkan?)

ya Allah, kalau difikirkan sekarang,mengapa saya mempunyai tanggapan begitu pada kedua orang tua saya..nauzubillah..jgn dikutkan hati!! ya, mungkin kerana ketika itu usia tidak matang..tapi alhamdulillah, kerana ketegasan ibu dan ayah, saya mampu berdikari ,saya tidak mengharapkan bantuan org lain..saya tidak terlibat dgn aktiviti sosial yang tidak senonoh..saya bebas rokok,dadah dan sebagainya.dan saya mampu memiliki segulung ijazah :) alhamdulillah

saya melihat kasut yang dipakai ayah saya.. sandal 3pasang rm10..tidak mengharapkan pakaian baru..kadang-kadang hati saya memberontak, duit byk-byk buat ape simpan..bukannya boleh masuk kubur..astagfirullahalazim..mengapa saya boleh berkata-kata begitu pada parents saya walaupun dalam hati..kini,bila saya habis belajar baru saya memahami susahnya mencari wang ringgit..benarlah kata emak " guna duit senang, simpannya susah " 

lihat bukan? ibu bapa senantiasa berkorban demi anak-anak tanpa mengharapkan balasan...kepentingan anak diutamakan melebihi kepentingan sendiri..adakala saya cukup sedih apabila membaca surat khabar , pelajar lari rumah ikut kekasih, anak pukul emak.anak bunuh bapa, dan sebagainya..mana pergi perikemanusiaan masyarakat kita? ya Allah, minta kita dijauhkan dari melakukan perkara-perkara terkutuk itu..

ok, ni buku yang rumate saya bagi.. tq rumate :) norhidayah :) buku ni menarik untuk dibaca..mengenai kisah-kisah layanan sahabat nabi kepada ibu mereka :) ada byk hadis-hadis dan kata-kata motivasi dlm ni..maz baru je baca,..nanti maz share dgn anda semua bila dah habis baca :) 
selamat membaca :)

Friday, 22 July 2011

MAKE UP- KEHEBATAN BB CREAM

rasenya ramai dah tau pasal BB cream kan...BB cream di popularkan di korea.. :) dan kebanyakkan artis korea pakai BB cream..id juga disebut  sebagai‘krim ajaib’ kerana kemampuannya untuk memperbaiki kulit dan membuat make up menjadi lebih mudah. Perbezaan antara BB Cream dengan, foundation BB Cream ni kosmetik yang boleh  merawat kulit. kira two in one la.. :) 

antara keajaibannya ialah.....
  • 1) Keajaiban pertama adalah sebagai essential krim, menutrisi kulit, mengencangkan dan     menghaluskan kulit sehingga tampak selembut sutra.
  • 2) Kedua sebagai tabir suria, dengan SPF-15 yang melindungi kulit daripada sinar UV yang dapat menyebabkan bintik hitam di wajah.
  • 3) Ketiga sebagai bedak asas, membantu memperbaiki masalah kulit dan melindungi wajah daripada bahan bahan kimia berbahaya produk make up lain.
  • 4) Dan keajaiban terakhir adalah sebagai foundation yang membuat make up tampak sempurna dan wajah tidak berminyak sepanjang hari.



Kebaikan BB CREAM dalam sekali pakai
Menutup jerawat, pori-pori, noda-noda, garis halus dan warna yang tidak sekata TANPA menyumbat pori-pori dan merosak kulit wajah. Pastinya, BB Cream menjadikan kondisi kulit lebih baik dan menjadikannya lebih sihat.

Kebaikan BB CREAM dalam 1 bulan
Kulit terasa lebih halus dan lebih sihat serta bercahaya di mana setiap kali kita menggunakannya BB cream bekerja sebagai lapisan yang melindungi serta berfungsi sebagai oil control dan juga memberikan moisturizer (pelembab) sehingga kulit menjadi sangat sihat.


Selain itu, BB Cream memiliki fungsi untuk melawan sinar Ultra Violet dan pencemaran udara yang merosakkan lingkungan sehingga menjadikan kulit tetap sihat. Kandungan dalam BB Cream yang alami seperti Hazel, Aloe dan Caviar extract membantu regenerasi kulit dan mengecilkan pori-pori di mana dalam satu bulan kita akan merasa kulit semakin lembut dan menjadikan kulit kelihatan memukau.
 
 ni koleksi BB cream yang maz pernah cuba.. maybelline tu..maz xberapa suka,,sebab buat muka nampak putih sgt.. tapi yg etude house dgn silky girl ni terbaik :) maz rase xde la cantik sgt bila pakai ni..tapi bila lama-lama pakai mmg texture wajah semakin baik..jerawat still ade lagik..huhu..cuma berkurang :) selamat mencuba :)

ni gambar bila dah 5jam pakai BBcream..xde la nmpk pakai make up sgt.. sebab sy xsuka menonjol...tp ok lah tutup cela sikit.. :)
selamat mencuba :)
ni muka

ADA APA DENGAN UiTM?

huhu..ada apa dengan UiTM?.saya merupakan bekas pelajar UiTM Shah Alam.. :)

ceritanya begini, beberapa minggu lepas maz balik rumah lepas kelas memandu..alhamdulillah dah dapat lesen P :) dah boleh memandu la kononnya.tapi jujur saya masih lagi takut2x nak bawak..huhu..ok berbalik pada tajuk diatas.. sewaktu dalam bas naik klang-banting..yang duduk sebelah saya ni seorang pakcik..pakcik ni ajak-ajak la borak..ikuti dialog seterusnya

 KES PERTAMA
pakcik : dari mana ni nak?
saya : pakcik,saya dari shah alam nih..baru balik dari kelas memandu..
pakcik : owh..belajar kat UiTM ker?
saya : pakcik, haah.. ( dengan gembiranya-UiTM dihatiku)
pakcik : owh, dulu ko sekolah MRSM mane?
saya : saya sekolah biasa je pakcik... :)
pakcik : result SPM ko berapa A?
saya : *A
pakcik :ni mesti result PMR ko teruk erk?cemana ko boleh dapat *A kalau sekolah biasa?
saya : result PMR saya *A pakcik... saya memang xapply mana-mana sekolah berasrama penuh..sebab saya xsuka duduk asrama..hehe

* OK, nampak x? kenapa orang selalu berpandangan begitu pada pelajar dari sekolah biasa terutama dikawasan kampung?tapi xdinafikan..sekolah berasrama penuh..bagus :) huhu

KES KEDUA
pakcik : blaja kat U mane?
saya : UiTM pakcik... :) (UiTM dihatiku)
pakcik : la, pandai-pandai masuk UiTM jerk?
saya : kenapa pakcik?ramai je kawan saya yg dpt result cantik2x masuk UiTM...
pakcik : UiTM , kelas kedua..la ingat belajar kat UM ke UKM..

*OK, kenapa org memandang UiTM sebagai Universiti kelas kedua?

KES KETIGA
kawan : CGPA ko berape mazni?
saya : 3.** ..
kawan : ala, kosenang la UiTM...

*OK, ok fine.. saya xsalahkan sesiapa pun..disebabkan berfikiran begitu..mungkin disebabkan pemikiran sekeliling menyebabkan pakcik-pakcik berfikiran begitu..setiap org bebas mengeluarkan pandangan masing-masing

baiklah, sejujurnya saya masuk UiTM sebab dekat dengan rumah saya ..dan yuran yang murah dan semua family saya adalah pelajar UiTM,. :)

bagi pandangan saya, xkisah la dimana pun kita belajar selagi U tu memenuhi LAN (lembaga akreditasi negara) .maka boleh la belajar kat situ.. :) usah peduli ranking universiti..jgn salahkan universiti bila result xgempak.. jgn salahkan sekolah atau cikgu kalau result teruk.. andaipun kita belajar kat sekolah berasrama penuh..tapi malas nak belajar dapat ke result baik? segalanya bergantung pada diri sendiri terutama bila belajar di universiti..kat sekolah cikgu bagi kita byk kerja sekolah, trial itu inilah..kat universiti ni semua bergantung pada diri sendiri ok :)

be proud of our university :)!!!!! UiTM dihatiku.. :)
wahai warga UiTM...mari kita bersaing sesama kita ..menaikkan nama UiTM.. :) peduli apa pun org kata tentang UiTM :) jangan melayu lawan melayu :)

org melihat kita dengan ilmu yg kita ada. :)

Monday, 11 July 2011

MASAK- TEPUNG PELITA

RESEPI TEPUNG PELITA:

ok,kali ni maz nak try buat kuih tepung pelita pulak...kali pertama maz try xberapa nak jadi sebab masa kacau bahan ni api terlalu kuat dan maz xkacau sampai kilat..menyebabkan die xberapa nak masak..tapi alhamdulillah kali  kedua maz berjaya... cuma kurang kemas sikit..next time maz rasa mungkin akan lebih baik dari ni..huhu

resepi ni maz dapat dari teman wanita kawan maz.. namanya ubu.. :) ubu facebook :)

lapisan bawah

1 cawan tepung beras
4 cawan air daun pandan- daun pandan yg dikisar- anggaran 6-7 helai
3/4 cawan gula pasir
sedikit pewarna hijau jika perlu

lapisan atas:

4 cawan santan- aku guna 1 kotak santan segera + air
1 sudu teh garam
1 cawan tepung beras

cara: lapisan bwh

masak semua adunan lapisan bawah hingga pekat dan berkilat
masukkan 1 sudu teh gula (kisar halus) dlm cup- kalau suka
tuang lapisan bawah separuh cup

cara: lapisan atas

masak lapisan atas hingga pekat
tuang atas lapisan hijau td..
sejukkan dlm peti sejuk...


resepi ni dapat dari kawan dari indonesia..namanya UBU :)

kalau bekas macam ni, dalam 15 bekas dapat buat..pastikan semua ni tanek( cukup masak) kalau tak,ada yang sakit perut nanti .. :)


 sudi-sudilah komen..untuk penambahbaikan bersama :)

APAM POLKA DOT STEP BY STEP

APAM POLKA DOT MAZNI :P

BAHAN-BAHAN
-3biji telur (gred A ) ape-ape gred pun xpe :)
-275gm tepung gandum
-220gm gula halus
-150 susu segar
-3 sudu teh baking powder
-2 sudu teh ovallete( cari yang halal, sebab ada yang dibuat guna lemak babi )
-1 sudu teh essen vanilla
-3sudu perisa sanquick ( yg ni optional..if xnak bubuh pun xpe..kalau bubuh ada la rasa oren sikit )

CARA-CARA

-PUKUL telur + gula + ovallete+essen  vanila (masukkan dalam mesin mixer dgn kelajuan maximum, pastikan sampai   betul-betul putih supaya  kembang)
PUTIH DAN KEMBANG KAN?

- susu segar/susu cair/santan + tepung+ baking powder(tepung diayak), maz pakai susu cair.the best!
-pukul sampai sebati
-bahagikan dua adunan, letak pewarna merah dan pewarna kuning ( optional )
-masukkan dlm piping bag ,tebung lubang (xde piping beg..pakai plastik pastu tebung lubang)
-masukkan dalam bekas cup buat kuih raya tuh
-nak dapatkan bentuk yang cantik, letak bekas cup tu dalam acuan..nanti dia jadi gebu :)
-kukus dalam 20 minit



 ada yang tanya macam mana nak buat dot dot ...dah dapat idea? if ade request maz akan upload step-by-step...jujur ni je kuih yang maz tau buat :) setelah 3kali buat bantat kuih nih... :) usaha tangga kejayaan kan?

TIPS
-pukul telur sampai kembang
-tutup penutup alat kukus dgn kain..dan selalu ganti untuk elak apam ni berlubang-lubang

ni buat sebyk 150... huh.untuk majlis tahlil arwah abah..tadi :) ada rasa oren sikit-sikit ... :) selamat mencuba