Monday, 11 July 2011

MASAK- TEPUNG PELITA

RESEPI TEPUNG PELITA:

ok,kali ni maz nak try buat kuih tepung pelita pulak...kali pertama maz try xberapa nak jadi sebab masa kacau bahan ni api terlalu kuat dan maz xkacau sampai kilat..menyebabkan die xberapa nak masak..tapi alhamdulillah kali  kedua maz berjaya... cuma kurang kemas sikit..next time maz rasa mungkin akan lebih baik dari ni..huhu

resepi ni maz dapat dari teman wanita kawan maz.. namanya ubu.. :) ubu facebook :)

lapisan bawah

1 cawan tepung beras
4 cawan air daun pandan- daun pandan yg dikisar- anggaran 6-7 helai
3/4 cawan gula pasir
sedikit pewarna hijau jika perlu

lapisan atas:

4 cawan santan- aku guna 1 kotak santan segera + air
1 sudu teh garam
1 cawan tepung beras

cara: lapisan bwh

masak semua adunan lapisan bawah hingga pekat dan berkilat
masukkan 1 sudu teh gula (kisar halus) dlm cup- kalau suka
tuang lapisan bawah separuh cup

cara: lapisan atas

masak lapisan atas hingga pekat
tuang atas lapisan hijau td..
sejukkan dlm peti sejuk...


resepi ni dapat dari kawan dari indonesia..namanya UBU :)

kalau bekas macam ni, dalam 15 bekas dapat buat..pastikan semua ni tanek( cukup masak) kalau tak,ada yang sakit perut nanti .. :)


 sudi-sudilah komen..untuk penambahbaikan bersama :)

4 comments:

  1. ni kuih faveret saya ni..awak buatkan untuk saya ley.hehe

    ReplyDelete
  2. pendamba mawar :awk cuba buat dulu,senang je nih :)

    ReplyDelete